Friday, June 24

Lady gaga

Secara jujurnye, aku memang pernah anggap yang Lady Gaga nih sebagai idol aku dulu, tetapi sekarang tak lagi. Mungkin sebab die selalu sokong hak-hak orang gay/lesbian dan suke menunjukkan dienye boobs tapi aku tak kisah sebenarnya walaupun die hot tapi aku lebih suke masa die masa lagu-lagu lama die dulu seperti
Just Dance, Pokerface, Paparazzi dan Speechless. tapi makin lama aku rasa makin tak suke dia aku pon x tahu kenapa.

Sunday, June 19

-Sigh-

Last Tuesday, i have received my English lit. paper, I failed it greatly yet gracefully at the same time. well i got 34 and i'm the highest one out of three person whom failed. not to mention the other 2 person whom failed the test also my classmate. what's more infuriating is that the EL teacher at first like commented me then she commented one of my friend's paper that had the lowest mark but then said i'm just got lucky to have 34.
-sigh-
thanks for the "motivation". F You.  

Saturday, June 18

Cerita hantu.

Sejak kebelakangan ini, aku telah mendengar banyak citer hantu dprd kawan aku nih, die merupakan kawan aku sejak sekolah rendah dulu, dan kami telah terpisah apabila aku melangkau ke dunia remaja(ceh, padahal baru masuk tingkatan 1 je, tu pon masih lagi kanak-kanak ribena) 

Sejak aku masuk tingkatan 4 nih, aku telah ditemukan dengan die kembali(lololololol, cam lain je ayat die) apabila die telah memasuki Pusat Tusen Mawar(promote). Pada mulanya, aku memang kenal die, tapi aku saja je buat tak kenal sebab aku pon tak pasti yang die masih ingat aku lagi ke tak. Pastu die masih kenal aku lagi(ade event tapi malas nak taip).

Akhirnya, aku telah mendengar cerita-cerita dan die punya Pengalaman die berkenaan dengan Paranormal. Aku nih sebenarnye agak penakut sikit dan aku paling tak suka hantu + aku nih memang tak pernah ade pengalaman dengan  hantu-hantu nih.

Die citer lah semua pengalaman die dan sejak kebelakangan nih, aku makin lama makin minat pulak kisah-kisah Paranormal ini tapi dalam masa yang sama, aku jugak semakin takut dengan hantu....... XO

Friday, June 17

Umrah,

okay, Hari ini merupakan hari yang agak sedih bagi kau kerana aku baru sahaja menemani nenek aku ke KLIA untuk menunaikan Umrah.  Nenek aku pergi Umrah bersama-sama dengan Paksu, Pakteh dan juga nenek cousin2 aku.
Tolong Doakan mereka selamat sampai.

Tuesday, June 7

Cuti.

Okay, seperti mana yang korang tahu, sekarang nih adalah masa cuti semesta 1 yang berlanjutan selama 2 minggu, okay ini boleh dikatakan apa benda yang aku telah buat semasa cuti minggu yang pertama,
tido,makan,citer cam mercun,lukis-lukis,still lagi citer cam mercun, dan masih lagi con-lukis-lukis sana-sini,makan,tidur,makan,tidur,dengar lagu korea,makan dan tidur.

Aku memang "suka" sangat cuti apabila dah takde benda nak dibuat, habis semua cuti terancam terancang siap aku lupakan dan aku sekarang makin lama menjadi semakin gemuk, kalau lah cuti ni berlanjutan selama berminggu-minggu(macam cuti orang inggeris) memang aku layak masuk cerita The Biggest Loser-Asia lah camtu. :o

okay, pada ahad minggu lepas, aku ade dengar tempias sini-sana yang akak "kesayangan" dan Fearless Leader iaitu Akak Zahirah(ceh, glamor habis) nak adakan 'meeting' dekat Bangi Kopitiam, mula-mula aku memang rasa nak pergi, tapi aku nih memang segan-segan dengan senior-senior aku bukan ape, aku cuma masih lagi rasa AWKWARD tak biasa dengan diaorang lagi, biasalah aku memang suke pulaukan diri mengasingkan diri daripada orang lain semua. :p tapi aku rasa aku nak pergi tengok cam ade sambutan ramai je dekat FB masa tu(padahal dua-tiga orang je kot yang reply) so, aku dengan muka tak malu paksa abang aku hantar aku dekat Bangi Kopitiam. tengok2 ade 4 orang je kot yang datang masa tu, tapi okay lah sebab aku dah dapat tahu dah rahsia Fearless Leader aku.(insert evil laugh)

btw, masa waktu balik haritu, aku ade temankan adik nuha balik sebab nak tunjuk baik(padahal hipokrit) dan tersempak pulak dengan Jaafar. Aku dengan peliknye jalan dan pandang muka die. Aku memang dah lama takut dengan Jaafar, boleh lak die tersenyum dan tanya soalan, "Pergi C.C. eh?"  dengan ayat tu je, aku tahu yang Jaafar kenal aku, dan aku fikir, dan fikir dan fikir yang Jaafar KENAL AKU?! aku dah tak boleh dah stalk dah untuk selama-lamanye. :o lepas tu aku pergi jawab, "ummm tak ah, pergi Bangi Kopitiam" pastu die tanya lagi, "diorang ade lagi dekat situ?" dan aku terus jawab "YA" pastu aku rasa aku jalan laju kot balik rumah ikut taman 1/B tu. :o   Tapi masa dalam perjalanan, aku terfikir yang bagus jugak yang Jaafar kenal aku, maknanye aku ade connection dengan orang yang agak berkuasa die sekolah(Insert evil laugh)

nih kot muka aku masa waktu balik tu
Okay, dah lah tu. 
SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.