Tuesday, June 7

Cuti.

Okay, seperti mana yang korang tahu, sekarang nih adalah masa cuti semesta 1 yang berlanjutan selama 2 minggu, okay ini boleh dikatakan apa benda yang aku telah buat semasa cuti minggu yang pertama,
tido,makan,citer cam mercun,lukis-lukis,still lagi citer cam mercun, dan masih lagi con-lukis-lukis sana-sini,makan,tidur,makan,tidur,dengar lagu korea,makan dan tidur.

Aku memang "suka" sangat cuti apabila dah takde benda nak dibuat, habis semua cuti terancam terancang siap aku lupakan dan aku sekarang makin lama menjadi semakin gemuk, kalau lah cuti ni berlanjutan selama berminggu-minggu(macam cuti orang inggeris) memang aku layak masuk cerita The Biggest Loser-Asia lah camtu. :o

okay, pada ahad minggu lepas, aku ade dengar tempias sini-sana yang akak "kesayangan" dan Fearless Leader iaitu Akak Zahirah(ceh, glamor habis) nak adakan 'meeting' dekat Bangi Kopitiam, mula-mula aku memang rasa nak pergi, tapi aku nih memang segan-segan dengan senior-senior aku bukan ape, aku cuma masih lagi rasa AWKWARD tak biasa dengan diaorang lagi, biasalah aku memang suke pulaukan diri mengasingkan diri daripada orang lain semua. :p tapi aku rasa aku nak pergi tengok cam ade sambutan ramai je dekat FB masa tu(padahal dua-tiga orang je kot yang reply) so, aku dengan muka tak malu paksa abang aku hantar aku dekat Bangi Kopitiam. tengok2 ade 4 orang je kot yang datang masa tu, tapi okay lah sebab aku dah dapat tahu dah rahsia Fearless Leader aku.(insert evil laugh)

btw, masa waktu balik haritu, aku ade temankan adik nuha balik sebab nak tunjuk baik(padahal hipokrit) dan tersempak pulak dengan Jaafar. Aku dengan peliknye jalan dan pandang muka die. Aku memang dah lama takut dengan Jaafar, boleh lak die tersenyum dan tanya soalan, "Pergi C.C. eh?"  dengan ayat tu je, aku tahu yang Jaafar kenal aku, dan aku fikir, dan fikir dan fikir yang Jaafar KENAL AKU?! aku dah tak boleh dah stalk dah untuk selama-lamanye. :o lepas tu aku pergi jawab, "ummm tak ah, pergi Bangi Kopitiam" pastu die tanya lagi, "diorang ade lagi dekat situ?" dan aku terus jawab "YA" pastu aku rasa aku jalan laju kot balik rumah ikut taman 1/B tu. :o   Tapi masa dalam perjalanan, aku terfikir yang bagus jugak yang Jaafar kenal aku, maknanye aku ade connection dengan orang yang agak berkuasa die sekolah(Insert evil laugh)

nih kot muka aku masa waktu balik tu
Okay, dah lah tu. 

3 comments:

zahirahharyati said...

HAHAHAH! APAKAJADAHLAH..JAAFAR KENAL SEMUA ORANG LAH :p

Muhammad Aqib said...

akak zahirah> betul ke?? \@0@/

▽mirul ▽dlan said...

LIKE Zahirah's comment. HAHA

SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.