Wednesday, July 13

Sehening Kota Melbourne

Okay, aku ade benda nak share dengan korang, kawan aku nih, iaitu Shafikah Nizam dan "adik" aku nih telah membuat novel yang bertajuk Sehening Kota Melbourne dan korang sila-sila-lah baca dan menyokong kawan aku nih,  Sehening Kota Melbourne

Thursday, July 7

Si dia.

Okay, blog aku hari ini adalah sebagai luahan hati sahaja. Aku ada suka kawan aku sorang nih, mungkin sebab aku rasa yang tiada satu pon perempuan yang macam die.  okay biar aku senaraikan kenapa aku suka dekat die.


  1. die mempunyai minat yang sama dengan aku.
  2. die bukan seorang yang suke 'judge' orang berdasarkan minat mereka.
  3. die sorang yang pandai dalam kelas.
  4. baik hati dan memahami.
  5. aku rasa selesa cakap dengan die walaupun ade masanya aku rasa janggal nak cakap dengan die.
  6. die telah mengajar aku dan berjaya menghasut aku dalam meminati sesuatu genre music yang dulu aku tak dengar.
  7. die tinggi sikit daripada budak-budak lain dalam kelas aku. 
Aku banyak kali menyusahkan diri die tadi die cool je dan sekarang nih... die jatuh sakit.. buat aku rasa risau je dengan keadaan dia. Semoga die cepat sembuh. Ameen.

Sunday, July 3

Perbarisan/Kawad kaki

Ok, biar aku berterus terang kenapa aku masuk perbarisan tahun ini.

  • Saja je nak bagi Rumah Hang Tuah menang(padahal nak lari daripada berjumpa dengan Pn. Loh.). 
  • Aku nak melatih aku punya disiplin.
  • Menjadi seorang yang 'team player'(padahal aku diri cam tunggul jer ignore semua orang
  • Dapat melatih diri aku yang Socially Awkward ini supaya biasa dengan kehadiran orang-orang yang aku tidak kenal(padahal aku jadi invisible dan tak tegur pon orang). 
Keburukannya pulak adalah,
  • Aku menjadi semakin jahat dalam mengutuk orang lain dan mengata orang tentang kesalahan yang mereka lakukan.(padahal aku tak sedar diri banyak kali salah step tapi tengok kesalahan orang jer)
  • Aku dapat Sunburn yang paling teruk sehingga kulit muka aku menjadi seperti arang(ceh, aku nih bukannye putih sangat pon. sila baling batu)
  • Aku menyusahkan orang lain sehingga mereka kena denda termasuk diri aku sekali.( aku adalah 'Black Hole" yang menyedut semua orang masuk . Tumbuklah muka aku sekarang.)

Saturday, July 2

Hari Sukan Sekolah.

Okay, korang dah tahu kan hari ini hari ape, bukan hari sabtu ke ape tapi hari sukan bagi SMKBBSB. Hari merupakan hari yang aku tunggu-tunggu kan sejak aku join perbarisan Rumah Hang Tuah. Pada mulanya kami dinasihati(padahal kena marah) oleh cikgu2 kerana Rumah Hang Tuah kerana budak-budak pagi tak sumbangkan apa-apa untuk Rumah Hang Tuah. Oleh kerana semangat nak menang, Kiteorang berlatih bersungguh-sungguh pada setiap hari.  Hari kami dipenuhi oleh penat dan sakit kaki yang tak terhingga(di-hiperbola) sakitnya semasa sesi latihan untuk Kawad Kaki, tetapi makan lama kami makin risau kerana macam tinggal beberapa hari je lagi untuk Hari Sukan dan Persembahan tak siap pape. Tapi pada last-last minute kami sempat jugak praktis untuk persembahan dan tengok kami dapat no.3 untuk Perbarisan dan Menang untuk Keselurahan Hari Sukan.  Allhamdullilah.

Masa waktu Hang Tuah dinobatkan sebagai Juara tadi, hilang penat dan rasa sakit kaki(disebabkan oleh adrenaline) dan kiteorang tergedik-gedik melompat macam menang loterti dan menjerit-jerit walaupun dah takde suara.
SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.