Saturday, July 2

Hari Sukan Sekolah.

Okay, korang dah tahu kan hari ini hari ape, bukan hari sabtu ke ape tapi hari sukan bagi SMKBBSB. Hari merupakan hari yang aku tunggu-tunggu kan sejak aku join perbarisan Rumah Hang Tuah. Pada mulanya kami dinasihati(padahal kena marah) oleh cikgu2 kerana Rumah Hang Tuah kerana budak-budak pagi tak sumbangkan apa-apa untuk Rumah Hang Tuah. Oleh kerana semangat nak menang, Kiteorang berlatih bersungguh-sungguh pada setiap hari.  Hari kami dipenuhi oleh penat dan sakit kaki yang tak terhingga(di-hiperbola) sakitnya semasa sesi latihan untuk Kawad Kaki, tetapi makan lama kami makin risau kerana macam tinggal beberapa hari je lagi untuk Hari Sukan dan Persembahan tak siap pape. Tapi pada last-last minute kami sempat jugak praktis untuk persembahan dan tengok kami dapat no.3 untuk Perbarisan dan Menang untuk Keselurahan Hari Sukan.  Allhamdullilah.

Masa waktu Hang Tuah dinobatkan sebagai Juara tadi, hilang penat dan rasa sakit kaki(disebabkan oleh adrenaline) dan kiteorang tergedik-gedik melompat macam menang loterti dan menjerit-jerit walaupun dah takde suara.

No comments:

SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.