Tuesday, March 15

Kawan Lama.

Masa aku darjah 6 dulu, aku ade seorang kawan perempuan yang bernama Nur Syafiqah. Sebenarnya, ade dua orang yang bernama Syafiqah dalam kelas 6C(ye, aku memang tak pandai pun) masa tu. Aku nak bercakap tentang dua-dua syafiqah tersebut. Mula-mula Syafiqah sidek. Dulu, aku dengan die memang macam Best Friend(cakap orang putih). Kejap-kejap gelak, x apa-apa dah kiteorang dulu.Mase tu jugak aku dan Syafiqah Sidek nih ade lagi satu kawan perempuan, yang bernama Roshida(x ingat pulak.. tapi gelaran die 1 Utama) Kiteorang memang selalu bergosip-gosip dan lepak-lepak bersama-sama.(Ya, ramai kawan aku perempuan)
Tapi selepas habis sahaja UPSR, kiteorang dah tidak bertemu dah. Apa boleh buat, sume orang masuk sekolah lain-lain. Tapi, aku dah dapat jumpa dah dengan Syafiqah Sidek di Facebook. Cuma, aku tak tahu nak cakap apa, takut dia tak kenal aku.

Yang Syafiqah lagi satu pulak, aku tak kawan sangat masa darjah 6 dulu, tapi aku selalu mintak dia belikan nasi lemak dan ade masa tu dia lambat datang sekolah, kerana nak beli nasi lemak yang kira-kira setengah kelas mintak. Sampai tu je dia beli nasi lemak. Lepas habis UPSR, aku terus lupa dia sebab dah semangat sangat masuk sekolah menengah.Sampai lah sekarang. Aku jumpa dia masa dekat Tusyen Mawar(lol promote) Dia masih lagi sama.Dia ada cerita yang dia sekeluarga pindah ke Sabah. Dia juga ada cerita yang dianya rumah dan sekolah berhantu. Takut gile masa dia cerita tu. Dia pernah cakap masa  dia tidur, ade hantu tu pegi pegang tangan dan kaki dia lalu campak dekat almari yang ada dekat dalam bilik dia. Takut Gila!!!! Aku juga dapatlah dengar-dengar cerita apa yang berlaku semasa dia ade dekat sana. Memang best gila dapat jumpa kawan lama.

2 comments:

▽mirul ▽dlan said...

LOL. 6C kelas ok kot.
btw, aku pun banyak kawan perempuan masa sekolah rendah, chillax jerr.

Muhammad Aqib said...

Memang kelas ok pun. Kelas ketiga pandai.
Tapi aku punya kawan lagi ramai berbanding lelaki.
Seriously. Kalau buat ratio... kawan perempuan:Kawan lelaki akan jadi macam 8:2 kot.
so.. memang banyak.

SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.